KUALA LUMPUR 23 Sept. -Rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan agama diminta mendoakan keputusan inkues Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim pada Jumaat ini berjalan lancar dalam penuh keadilan. Kesatuan Pekerja-Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia serta Persatuan Pesara Bomba dari enam negeri dalam kenyataan bersama memberitahu akan mengadakan majlis tahlil dan solat hajat pada Khamis ini iaitu sehari sebelum keputusan inkues diumumkan. Sehubungan itu, kesemua kesatuan pekerja dan pesara…










