KUALA LUMPUR 23 Sept. – Beberapa buah bank didakwa cuba mengaut keuntungan besar apabila mengenakan caj pada perkhidmatan di kaunter dan mesin deposit tunai (CDM) bagi pembayaran bil kad kredit. Hal demikian mendapat reaksi bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang menyifatkan caj tersebut sebagai keterlaluan dan membebankan pengguna terutama golongan B40. “Sedar-sedar Facebook baharu lapor – setiap khidmat kaunter bank kini kena caj RM2? Kalau benar,…









