KOBE 30 Sept. – Scotland menghidupkan kembali harapan mereka meneruskan kemaraan pada kempen Piala Dunia Ragbi 2019, selepas mencatat kemenangan penting dengan membelasah Samoa 34-0 di Kobe, hari ini. Kemenangan yang diraih oleh anak-anak buah Gregor Townsend itu amat penting bagi membolehkan mereka bersaing sengit dalam Kumpulan A yang turut dianggotai Ireland dan tuan rumah, Jepun. Scotland yang berazam memastikan kejayaan berada dalam genggaman, berjaya menambah 17 mata dalam tempoh…