KUALA LUMPUR – Kerajaan diharap dapat mempertimbangkan penyaluran kembali kutipan cukai keuntungan luar biasa kepada industri sawit dalam bentuk dana menerusi Belanjawan 2020, menurut Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA). Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nageeb Wahab berkata, pihaknya turut memohon agar kerajaan membenarkan pengambilan lebih banyak pekerja asing bertujuan mengoptimumkan hasil sawit, di samping menyeragamkan cukai penilaian hartanah yang ditanggung pihak perladangan. Katanya, langkah berkenaan mampu melindungi kesejahteraan industri sawit negara…










