NILAI 28 Sept. – Program Botani Desa yang diwujudkan bagi mengurangkan perbelanjaan dapur dengan menggalakkan guna tanah di persekitaran rumah secara optimum menyasarkan penyertaan 3,000 peserta pada tahun ini. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, ia menyasarkan golongan ibu tunggal dan suri rumah daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) di seluruh negara. “Program Botani Desa adalah sebahagian daripada program Kesejahteraan Keluarga di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas),…










