MARANG 27 Sept. – Pas menyerahkan mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk menentukan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, terpulang kepada BN untuk meletakkan calon yang bakal bertanding, sekali gus mengulangi jaminan akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih walaupun daripada MCA. “Kita serahkan kepada UMNO dan rakan BN untuk menentukan calon kerana itu merupakan kawasan mereka. Terpulang kepada mereka untuk…










