IPOH 4 Sept – Perak mempunyai potensi besar untuk menjalinkan kerjasama strategik bersama Uganda dalam pelbagai bidang terutamanya industri kopi. Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerjasama itu dilihat berpotensi apabila pengeluaran kopi merupakan antara lima pengeksportan utama Uganda yang mencecah nilai dagangan sebanyak RM2.3 juta pada tahun 2017. “Saya berkata perkara ini dengan penuh minat kerana kami di Perak juga terkenal…










