KUALA LUMPUR 3 Sept. – Usaha kerajaan menggalakkan masyarakat menceburi bidang perniagaan turut mendapat sambutan hebat dalam kalangan selebriti tempatan. Ramai selebriti di Malaysia memulakan pelbagai perniagaan kerana percaya nama yang dibawa boleh membantu mereka untuk berjaya. Namun, anggapan itu dilihat tidak tepat buat pelakon Ben Ali. Ben Ali atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan, 28, mengaku populariti seseorang artis itu bukanlah faktor menjamin kejayaan sesebuah bisnes. “Sebenarnya ramai saja…










