BEAUFORT 3 Sept – Polis sedang menjejaki pemandu sebuah kereta pacuan empat roda yang terlibat dalam kes langgar lari sehingga menyebabkan kematian seorang pejalan kaki di Kilometer 8 Jalan Beaufort – Papar, semalam. Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintenden Azmir Abd Razak berkata, dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, mangsa seorang lelaki, Sukarno Pulalon, 35, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. “Siasatan awal di lokasi kejadian…










