Tentera Myanmar perluas larangan tuala wanita

Tentera Myanmar perluas larangan tuala wanita

SUKARELAWAN PBB ​​mengedarkan tuala wanita dan pakaian dalam kepada penduduk yang berlindung di kem Tar Ga Ya di Myanmar.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAYPYIDAW: Pasukan tentera Myanmar dilaporkan memperluaskan larangan pengedaran produk tuala wanita atas alasan ia digunakan untuk merawat pejuang penentangan yang cedera, menurut aktivis tempatan.

Pengarah Organisasi Hak Wanita Sisters2Sisters, Thinzar Shunlei Yi berkata, pihak tentera mendakwa produk berkenaan digunakan oleh Pasukan Pertahanan Rakyat untuk tujuan perubatan serta sebagai alas kaki dalam but bagi menyerap peluh dan darah.

Tiada kenyataan rasmi daripada kerajaan tentera mengenai perkara ini, namun sekatan itu dipercayai sebahagian daripada strategi lebih luas bagi memutuskan bekalan asas kepada pemberontak bermula sejak Ogos lalu di beberapa kawasan yang dikuasai pihak penentang.

Pengangkutan tuala wanita merentasi jambatan yang menghubungkan Sagaing dengan Mandalay, bandar kedua terbesar Myanmar, dilaporkan diharamkan sepenuhnya.

Menurut Yi, larangan itu diperluaskan tahun ini dan kumpulan tempatan sudah memaklumkan perkara itu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyifatkan larangan terhadap keperluan asas itu sebagai pelanggaran hak asasi manusia.

Pengasas organisasi pendidikan haid Pan Ka Lay di Myanmar, Henriette Ceyrac sebelum ini berkata, wanita kini terpaksa menggunakan alternatif tidak selamat seperti kain buruk, daun atau surat khabar yang mendedahkan mereka kepada penyakit.

“Ia boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing (UTI), jangkitan sistem reproduktif serta ketidakselesaan dan kesakitan. Ramai yang cuba mendapatkan tuala wanita di pasaran gelap, namun harganya meningkat hampair tiga kali ganda.

“Pihak tentera mahu mengehadkan pergerakan wanita dengan lebih ketat. Ini pada asasnya adalah keganasan berasaskan jantina,” katanya.-AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN