KOTA BHARU 30 Sept. – PKR negeri ini menyifatkan sudah tiba masanya Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana negara memerlukan perubahan yang segera. Ketua Penerangannnya, Zindal Khalil Sastro Hassan berkata, perubahan segera harus dilakukan kerana keadaan ekonomi negara yang tidak stabil. “Dr. Mahathir sudah melakukan yang terbaik untuk negara. Beliau juga merupakan pemimpin yang luar biasa. Beliau juga dihormati…










