KUALA LUMPUR 1 Sept. – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) tidak menolak kemungkinan untuk mengembangkan segmen tenaganya kepada tenaga boleh diperbaharui (RE) seperti solar dan angin pada masa akan datang namun kekal berhati-hati kerana ia bakal memberi kesan kepada kedudukan kewangan kumpulan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, seperti mana-mana syarikat minyak dan gas (O&G) serta syarikat tenaga yang lain, peralihan tenaga adalah sesuatu…










