KUALA LUMPUR 28 Sept. – Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Bhd (Perodua) meraih emas bagi kategori automotif di majlis Anugerah Jenama Putra 2019 yang berlangsung di sini malam semalam. Ini sekali gus menjadikan pengeluar kenderaan tersebut sebagai antara jenama automotif pilihan utama Malaysia bagi tahun ketiga berturut-turut. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua jauh lebih daripada sekadar sebuah syarikat kenderaan. “Daripada pelbagai program yang dianjurkan merangkumi…










