HONG KONG 1 Sept. – Lebih 12 penerbangan dibatalkan hari ini selepas ribuan aktivis pro-demokrasi menghalang laluan ke lapangan terbang negara itu. AFP melaporkan penunjuk perasaan berpakaian hitam, menggunakan payung untuk berlindung daripada dirakam kamera litar tertutup (CCTV), membina halangan di stesen bas lapangan terbang dan cuba menghentikan trafik di jalan raya utama menuju ke terminal. Sementara di luar salah sebuah terminal lapangan terbang pula, kumpulan itu dilaporkan terus bertindak…










