NILAI – Penghidap penyakit Bronchiolitis Obliterance atau paru-paru tidak berfungsi, Muhammad Ashnawi Azmi, 23, antara pelajar yang mendaftar sebagai mahasiswa baharu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini. Muhammad Ashnawi yang perlu bergantung kepada alat bantuan pernafasan 24 jam sehari bakal mengikuti program Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa di Fakulti Syariah dan Undang-Undang di universiti itu. Beliau yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik menganggap kekurangan dirinya itu bukan penghalang…










