KLANG – Pengerusi dan pengetua sebuah tahfiz di Sungai Udang dihadapkan di dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah melibatkan penyalahgunaan wang pelajar untuk melanjutkan pengajian ke Turki berjumlah RM50,600 antara November 2018 hingga Februari lalu. Tertuduh, Ahmad Shukri Ghazali, 47 dan isterinya, Zunairah Awang, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Solehah Noratikah Ismail dan Roslizi Sulaiman. Bagi dua pertuduhan…










