KUANTAN 4 Sept. – Seorang pembantu kesihatan di Rompin dekat sini kerugian RM29,421 ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai mahkamah dan pegawai polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, ketika berada di sebuah hospital semalam, mangsa berusia 29 tahun menerima panggilan daripada seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai mahkamah. Katanya, dia menyatakan terdapat tunggakan pinjaman yang telah disenarai hitam…










