BANGKOK 18 Sept – Ahli parti pembangkang mendesak agar Perdana Menteri, Prayut Chan-o-Cha meletak jawatan susulan kesilapannya ketika melafazkan ikrar pada upacara perlantikannya Julai lalu. Channel News Asia melaporkan ramai mempersoalkan kredibiliti pentadbirannya selepas Prayut dan barisan kabinetnya menyuarakan ikrar setia pada raja, namun tidak pada perlembagaan. Oleh demikian, mahkamah tinggi Thailand pada minggu lepas menolak ikrar dibacakannya ketika perlantikannya itu.- AGENSI










