PORT DICKSON – Seorang pemandu lori berusia 37 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan komen perkauman berbaur provokasi di media sosial. Tertuduh, C. Bathu Malai bagaimanapun mengaku tidak salah selepas pertuduhan keatasnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak. Menurut kertas pertuduhan, dia dengan sengaja menghina orang Melayu di laman media sosial Facebook menggunakan nama Darsheini Malai sehingga menyebabkan provokasi. Kesalahan itu didakwa…










