KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V atas kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra hari ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mendoakan semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. “PDRM akan menyalurkan segala bantuan yang perlu bagi memastikan urusan istiadat kemangkatan berjalan dengan lancar dan sempurna,” katanya dalam kenyataan hari ini. Sultan Ismail Petra,…










