BILA timbul polemik kempen beli barangan bumiputera, teringat pula pada ucapan seorang anggota Kabinet sewaktu berkempen pada satu pilihan raya kecil (PRK) tidak lama dahulu. Menteri tersebut antaranya menceritakan bagaimana beliau menjamu selera di kedai yang dimiliki kaumnya ketika datang ke kawasan berkenaan walaupun ada premis milik kaum lain sebagai satu bentuk sokongan. Seperti biasa, ada yang bersetuju dan ada yang mengecam tetapi bagi menteri berkenaan, “hanya yang berminda sempit…










