TAWAU 28 Sept. – Nasib tiga nelayan Indonesia yang dipercayai diculik kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFRG) di perairan Tambisan, Tungku pada Selasa, masih belum diketahui. Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau, Sulistijo Djati Ismojo berkata sehingga kini, kumpulan itu belum menghubungi sama ada majikan atau keluarga mangsa. “Kami belum mendapat apa-apa informasi, statusnya masih teka-teki, kebiasaannya penculik ada menghubungi keluarga atau majikan,” katanya ketika ditemui pemberita pada…










