KUALA LUMPUR – Tekad untuk keluar dari zon selesa, Muhammad Hazmi Md. Ali, 27, mengambil langkah berani dengan memulakan perniagaan sendiri dalam bidang logistik dan kurier yang kurang dipelopori oleh anak muda lain. Berkelulusan diploma dalam bidang teknologi kreatif dari sebuah universiti tempatan dan mempunyai kerjaya tetap tidak menjadi penghalang buat Muhammad Hazmi untuk melepaskan pekerjaannya bagi menceburi bidang keusahawanan. Hal ini kerana dia yakin akan potensi dalam bidang tersebut…










