ALOR SETAR 28 Sept. – Kerjasama dan perpaduan yang diterjemahkan antara Pas dan UMNO dalam Muafakat Nasional amat luas dan tidak tertumpu terhadap agenda politik semata-mata seperti digembar-gemburkan banyak pihak. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kedua-dua parti itu pernah bekerjasama dan sependapat dalam pelbagai perkara lain yang secara terang tidak bermotifkan politik. Menurutnya, pihak lawan dan sesiapa sahaja berhak mengeluarkan sebarang pendapat atau tafsiran berkaitan kerjasama itu.…










