KUALA LUMPUR 1 Sept. – Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) membuka Modenas Power Store pertama di rantau ini yang berperanan sebagai pusat sehenti untuk jualan dan servis kepada pengguna motosikal di Malaysia khususnya segmen street bike iaitu Pulsar dan Dominar. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Roskan berkata, Power Store turut menyediakan pengkhususan bagi pembaikan di lokasi termasuk pembaikan utama, servis dan tempahan khusus bagi model street bike Modenas dengan…










