MILAN – Penyerang Barcelona, Lionel Messi mengakui terkejut selepas dinobatkan selaku Pemain Lelaki Terbaik Tahunan FIFA 2019 sekali gus mengetepikan musuh tradisinya, Cristiano Ronaldo pada majlis yang berlangsung di La Scala Opera House awal pagi semalam. Kejayaan pemain berusia 32 tahun itu menyaksikan dia menyingkirkan Pemain Terbaik UEFA 2019, Virgil Van Dijk yang membantu skuad Liverpool meraih gelaran Liga Juara-Juara musim lalu. Messi dan Van Dijk kini bakal bersaing antara…










