Jururawat payung pesakit dalam wad, Hospital Kampar bocor hujan lebat - Utusan Malaysia

Jururawat payung pesakit dalam wad, Hospital Kampar bocor hujan lebat

GAMBAR yang tular petugas kesihatan Hospital Kampar menggunakan payung selepas air hujan memasuki ruangan wad pesakit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Kebocoran pada bumbung Hospital Kampar menyebabkan petugas kesihatan menggunakan payung bagi melindungi pesakit di dalam wad susulan hujan lebat.

Situasi tersebut tular di media sosial selepas dikongsikan seorang pengguna aplikasi Threads yang mendakwa turut menerima rawatan di hospital berkenaan ketika kejadian berlaku semalam.

Pengguna media sosial tersebut berkata, gangguan elektrik berlaku beberapa kali setiap kali kilat.

“Pengalaman warded kat sana (Hospital Kampar). Asal kilat sikit pun akan trip, kejap-kejap blackout. Dari wad wanita sampai wad kanak-kanak pun sama.

“Seriau sebab ada yang pakai mesin ventilator semua. Itu belum lagi tengok air atas koridor. Mana mereka nak cepat uruskan pesakit, mahu jatuh terlentang,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.

Sementara itu, kejadian yang tular sejak malam Sabtu itu berpunca daripada kerosakan struktur bumbung akibat hujan lebat serta angin kencang yang melanda kawasan hospital terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN