Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitu juga dengan tuah anak jati Kelantan, Datuk Dr. Tengku Mohd. Azzman Shariffadeen yang baru-baru ini menerima Anugerah Felo Kanan Akademi Sains Malaysia (ASM). Kerjayanya bermula ketika menjadi Pensyarah Kejuruteraan Elektrik di Universiti Malaya (UM) pada 1974. Setahun kemudian, beliau dilantik menjadi timbalan dekan sebelum menjadi Dekan Fakulti Kejuruteraan. Berdasarkan pengalaman yang luas serta memiliki sifat kepimpinan yang tinggi,…










