JOHOR BAHRU 3 Sept. – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan agensi kerajaan lain termasuk Pejabat Tanah negeri sedang meneliti tindakan undang-undang untuk menghukum pesalah-pesalah yang membuang dan membakar sampah secara terbuka di kawasan Kempas Banjaran di sini. Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Amran A. Rahman berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri akan mengambil tindakan terhadap individu atau syarikat terlibat yang melakukan kesalahan pembakaran terbuka melalui peruntukan undang-undang Seksyen 29A…










