KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebentar tadi mengumumkan hari Ahad dan Isnin ini merupakan cuti peristiwa bagi negeri ini sempena kemangkatan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Al-Sultan Yahya Petra pagi tadi. Beliau berkata, pemberian cuti tersebut adalah bagi menghormati perkabungan Ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang bermul hari ini. “Ketahuilah bahawa dengan titah perintah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V adalah ditentukan perkabungan iaitu mulai hari…










