BATU PAHAT 4 Sept. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat merampas sebanyak 20 unit bubu naga yang diharamkan penggunaannya di perairan Sungai Ayam di sini semalam. Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, semasa bot melakukan rondaan kira-kira pukul 5 petang, mereka mengesan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran beserta dua awak-awak sedang memasang bubu naga. “Menyedari kehadiran pihak berkuasa, mereka bertindak…










