KLUANG 28 Sept. – Baka kambing baharu, dikenali sebagai ‘BK’ dilancarkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) hari ini, sekali gus bakal memenuhi kehendak pasaran selain memastikan bekalan makanan negara ini terus terjamin. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, BK merupakan kacukan antara baka kambing Boer betina dan baka kambing Katjang jantan, di mana hasilnya menjadi baka BK yang bersaiz sederhana besar dan sesuai untuk…










