KUALA LUMPUR 28 Sept. – Sebagai sebuah negara yang turut menjadi peneraju kepada produk dan perkhidmatan halal dunia, Malaysia komited dan berhasrat untuk mengeksport produk serta perkhidmatan halal sebanyak AS$12 Bilion (RM50 bilion) pada tahun hadapan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sasaran ini dapat dicapai melalui kerjasama yang erat di antara agensi kerajaan dan sektor swasta termasuk perusahaan kecil dan sederhana…










