KUALA LUMPUR 20 Sept. – Penyerang skuad Bawah 18 (B-18) negara, Luqman Hakim Shamsudin terus mengembangkan sayap kariernya sebagai pemain bola sepak profesional apabila dia bakal menandatangani kontrak bersama kelab Belgium, KV Kortrijk. Luqman yang bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-18 pada Mac 2020 terlebih dahulu akan menjalani latihan bersama Cardiff City FC pada awal Januari depan sebelum menyertai KV Kortrijk selama lima tahun selepas genap 18 tahun. Itu bermakna…










