WELLINGTON 4 Sept.- Lima pelancong China maut selepas bas dinaiki mereka bersama pelancong lain tergelincir dan terbalik ekoran cuaca buruk. Lapor NZ Herald, kejadian berlaku di lebuhraya 5 dekat Rotorua, di sini. Penumpang lain yang terselamat dilaporkan mengalami kecederaan serius susulan kemalangan itu. Inspektor Brent Crowe memberitahu seramai 27 pelancong, kesemuanya dari China menaiki bas tersebut ketika insiden berlaku. – AGENSI










