KUALA LUMPUR 3 Sept. – Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hong Leong Assurance Bhd (HLA), Loh Guat Lan sebagai presiden baharunya pada mesyuarat jawatankuasa pengurusannya yang berlangsung pada 28 Ogos. Loh Guat Lan LIAM dalam kenyataannya berkata, Guat Lan mengambil alih tugas itu daripada bekas CEO AIA Bhd, Anusha Thavarajah yang akan mengisi jawatan CEO Perniagaan Hayat dan Kesihatan Allianz Asia Pacific akhir tahun ini.…










