KOTA TINGGI – Cubaan seorang lelaki warga Indonesia menyeludup keluar dadah syabu bernilai kira-kira RM120,000 dan 190 ekor pelbagai jenis burung gagal apabila dia diberkas di Sungai Rengit di sini malam Ahad lalu. Dalam operasi Ops Landai yang dilakukan pada pukul 11.10 malam itu, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota dan pegawai Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua. Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khui Khon Chiang…










