ALGIERS 24 Sept. – Seramai lapan orang bayi terkorban selepas kebakaran melanda hospital bersalin di timur negara ini awal pagi tadi. “Kami berjaya menyelamatkan 11 bayi, 107 wanita dan 28 kakitangan selepas kebakaran berlaku di hospital di Oued Souf, 500 kilometer tenggara Algiers,” kata jurucakap perkhidmatan kecemasan, Kapten Nassim Bernaoui. Berpuluh kenderaan bomba dikerahkan bagi membantu memadamkan kebakaran. Menurut Nassim, punca kebakaran masih belum diketahui. – AFP










