LONDON – Pengurus Chelsea, Frank Lampard mempertahankan keputusannya apabila tidak menurunkan pemain sayap, Christian Pulisic ketika tewas 0-1 kepada Valencia bagi aksi pembukaan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge awal pagi semalam. Pada perlawanan tersebut, Pulisic sekadar memanaskan bangku simpanan dan Lampard memilih Pedro untuk dibawa masuk untuk menggantikan Mason Mount yang mengalami kecederaan. Menurut Lampard, Pedro mempunyai pengalaman yang lebih luas dalam kempen Eropah menyebabkan beliau membuat keputusan tersebut. “Pulisic…










