BENARLAH seperti peribahasa ‘rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain’. Setiap manusia mempunyai sikap berbeza, dan antara faktor mempengaruhi sikap adalah bagaimana untuk mengawal perasaannya ketika menghadapi sesuatu situasi. Namun, sikap tersebut bukan bersifat kekal, sebaliknya boleh berubah-ubah, sebagai contoh daripada buruk kepada baik. Ia adalah dengan mencari kunci utama iaitu ‘hijrah hati’. Hijrah hati secara automatik akan mengubah sikap seseorang individu secara berperingkat. Transformasi, reformasi, evolusi, revolusi atau apa-apa sahaja…










