JOHOR BAHRU 1 Sept. – Kerajaan negeri akan menguatkuasakan penggunaan tulisan jawi bagi tujuan urusan rasmi membabitkan semua jabatan dan anak syarikat di bawah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) bermula 1 Januari tahun hadapan. Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, langkah tersebut yang disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri Tosrin Jarvanthi dilihat dapat memartabatkan tulisan jawi. “Saya menyokong usaha yang dilakukan di mana…










