KUALA LUMPUR 19 Sept. – Kapal Perang Republik Indonesia (KRI) Bimasuci 945 dijangka tiba di Dermaga Pusat Hidrografi Nasional Malaysia, Pulau Indah, Port Klang di sini pada pukul 9 pagi, Selasa ini. Kapal itu berlabuh di jeti berkenaan selepas berlayar selama lebih sebulan dalam misi diplomasi Duta Bangsa di samping memberi latihan Kartika Jalan Krida kepada kira-kira 83 anggota Akademi Angkatan Laut Indonesia. Menurut satu kenyataan Kedutaan Besar Republik Indonesia…










