Kem Argentina resah Messi cedera

Kem Argentina resah Messi cedera

AKSI Lionel Messi ketika menentang Philadelphia Union dalam saingan MLS di Florida, Ahad lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni berkata, berita awal mengenai tahap kecergasan bintang utama Lionel Messi digambarkan ‘tidak begitu buruk’ belum dapat mententeramkannya, sebaliknya  berharap pemeriksaan lanjut akan mengesahkan diagnosis tersebut dengan Piala Dunia hanya tinggal dua minggu lagi.

Messi telah didiagnosis mengalami keletihan otot pada otot paha kiri oleh Inter Miami, selepas beliau keluar secara tiba-tiba ketika Miami mendahului 6-4 ke atas Philadelphia pada minit ke-73 Ahad lalu.

Walaupun sudah berusia 38 tahun dan berhasrat membuat penampilan keenam di pusingan akhir Piala Dunia, Messi kekal sebagai tonggak utama pasukan dalam usaha mempertahankan gelaran yang dimenangi di Qatar empat tahun lalu.

“Sudah tentu kami lebih suka jika tiada apa-apa berlaku. Kini kami perlu menunggu dan melihat bagaimana keadaannya berkembang dan yang paling penting, keputusan ujian baharu yang akan dijalankan bagi memastikan sama ada ia mengesahkan diagnosis asal mereka,” kata Scaloni kepada saluran televisyen Argentina, DSports.

Scaloni, yang dijadual menamakan skuadnya minggu depan menambah, beliau menonton perlawanan itu di televisyen di ibu pejabat persekutuan dan berasa lega apabila Messi sendiri meminta untuk dikeluarkan.

Pengurus Inter, Guillermo Hoyos menjelaskan, Messi keletihan, keadaan padang agak berat dan tiada siapa mahu mengambil risiko terhadap tahap kecergasannya.

Inter Miami mengeluarkan kenyataan pada Isnin yang menyebut: “Tempoh untuk beliau kembali menjalani aktiviti fizikal bergantung kepada perkembangan klinikal dan fungsi badannya.”

Kenyataan itu memberikan sedikit petunjuk mengenai status pemenang Ballon d’Or sebanyak lapan kali tersebut.

Argentina dijadual memulakan kempen Piala Dunia mereka pada 16 Jun menentang Algeria di Kansas City. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN