BATU PAHAT 24 Sept. – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyalurkan peruntukan berjumlah RM455 juta tahun ini bagi tujuan Penyelidikan, Pembangunan, Komersialisasi dan Inovasi (RDC(amp)I), berbanding RM325 juta, tahun lepas. Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Siti Hamisah Tapsir berkata, peningkatan itu menunjukkan KPM begitu komited untuk membangunkan aspek RDC(amp)I di peringkat pengajian tinggi. Beliau berkata, ia juga selaras dengan pemerkasaan penyelidikan negara ini sekali gus mampu bersaing dengan negara lain…










