JASIN 4 Sept. – Polis mengesahkan kawasan kilang memproses ayam di Merlimau di sini yang tercemar akibat kebocoran gas ammonia kini selamat selepas kerja-kerja pembersihan dijalankan sejak semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kebocoran bahan kimia yang dikesan pada pukul 11 pagi semalam itu telah dibersihkan sepenuhnya oleh Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Menurutnya, pihak Hazmat telah masuk…










