SELEPAS berjaya memberkas ketua tentera Pasukan Kerja Bersenjata (AWF) Ke-10, Unit Penggempur Ke-5, Parti Komunis Malaya paling ganas bernama Monte dalam Operasi Tapah pada 3 Oktober 1978 di kawasan hutan antara Bidor dan Tapah, Pasukan F meneruskan usaha memburu saki baki pengikutnya di hutan Gopeng pada tahun 1979. Logo Pasukan F Bagaimanapun, pengikut-pengikut Monte tidak menyangka ketuanya yang digeruni telah diberkas. Manakan tidak, Monte sering dipuja anggotanya dan dianggap bernyawa…










