SUNGAI SIPUT – Ketua Geng Appu Boy yang aktif menjalankan kegiatan pecah rumah dijatuhi hukuman penjara selama 45 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan memiliki dan menggunakan dadah serta melupuskan barang curi sejak Mac lalu. Majistret Norhabsarina Ayob menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap tertuduh, S. Ravisankar, 36, selepas dia mengaku bersalah selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan. Mengikut pertuduhan pertama, Ravisankar yang tidak bekerja itu didakwa memiliki…










