KLANG 2 Sept. – Setelah beberapa bulan terlantar di katil akhirnya nasib pesakit tulang belakang, Mat Zin Husin, 54, terbela dengan kehadiran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin setempat ke kediamannya hari ini. Menurut Pengerusi Persatuan Pergerakan Progresif Kota Raja, Mohamad Fahmi Hanafiah, pihaknya hadir membantu Mat Zin setelah berita mengenai penderitaannya tular dalam media sosial. “Hari ini kita bukan sahaja membantu dari segi memberi bantuan barangan dan kewangan tetapi…










