KATA orang, penyesalan yang paling menyakitkan adalah yang tidak berpenghujung. Bagi Rashid (bukan nama sebenar), dia cukup menyesal apabila meninggalkan wanita yang paling disayanginya hanya kerana perasaan marah ketika usia muda. Membuka cerita, Rashid memberitahu, perkenalannya dengan Aishah (bukan nama sebenar) bermula selepas mendapat kerja pertamanya di ibu kota pada tahun 2013. “Saya bekerja di sebuah firma guaman di ibu kota dan berkenalan dengan seorang gadis melalui aplikasi media sosial.…










