KUALA LUMPUR – Sebanyak 756 lokap di seluruh negara akan dilengkapkan dengan kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dalam usaha memantau isu keselamatan tahanan sekali gus memantapkan intergriti pihak berkuasa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, pemasangan yang dijangka selesai hujung tahun ini melibatkan kos berjumlah RM73 juta. Kata beliau, pemasangan CCTV itu juga akan dibuat di lokap mahkamah bagi tujuan yang sama, namun peruntukan itu berasingan…










